KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Memuatkan ...

Aku terkini

Ada komen tentang blog ni? lambat loading ke, apa ke.. sila tulis komen korang kat chatbox ye

(sebenarnya, aku yang rasa ada benda yang tak kena. Tapi tak tahu apa nak buat)

Ahad, 22 Mei 2011

Baru baca blog anti MLM

2 minggu lepas aku join kawan-kawan aku pergi buat facial di Wisma Elken. Bayaran yang dikenakan cuma RM8. Tu yang aku sanggup pergi tu. Hurmm.. aku tak berapa pasti tentang produk penjagaan kulit dia (ok.. produk dia memang tak sesuai untuk muka aku. Kulit aku rengsa mencuba produk yang sangat mahal tu. Siap naik jerawat lagi) tapi dia punya alat Eternal Beauty tu memang macam bagus (orang kata nampak la muka agak lift- no more bread face.. haha)
Inilah bendanya yang konon bagus tu.. Aku nak try cari yang versi murah punya. Yang bayar direct kat penjual. Bukan bayar pada penjual-penjual
Yang pergi dengan aku adalah bos kecik aku. Beliau juga seperti aku agak sceptical dengan MLM ni. Seperti aku, dia juga merasakan alat Eternal Beauty tu bagus tapi harganya tidak sepatutnya mahal seperti yang dinyatakan oleh Elken. Berapa harganya? Kalau tunai RM1880. Kalau hutang 3 tahun jadi RM2880. Jadi, kami merancang untuk cari alat yang seumpama dengannya di Magicboo.. Haha..

Beberapa kali bos kecik aku berkata, "Ada je produk orang Melayu yang setara dengan produk Elken, Hai-O ni, tapi kenapa produk mereka tak seHot produk luar ni? Sampai orang sanggup bayar berpuluh kali ganda lebih mahal"

Aku cuba untuk memberi jawapan yang tepat dan akhirnya mendapat jawapan ini "Cuba akak perhatikan betul-betul siapakah yang biasanya akan berada di atas dalam MLM ni? Adakah mereka jenis orang yang akan mengambil produk melayu? Mereka mesti akan ambil produk mereka ataupun akan ambil produk luar negara. Sebab biasanya kalau luar negara macam ada 1 keyakinan yang benda tu memang terbukti berkesan. Bila dalam negara, produk tempatan terutamanya melayu, macam ada 1 double standard. Tu belum cerita lagi tentang modal"

Bos kecik aku mengangguk. Bukanlah dia baru tahu tentang hal ini. Dia sedar cuma dia tak faham kenapa orang masih tak sedar.

Selepas sesi cuci muka, mulalah orang-orang Elken ni cuba mengajak kami menjadi ahli. Kami yang dari awal memang dah berniat untuk berteguh hati untuk tidak join hanya tersenyum sahaja. Ada di kalangan kawan aku yang menjadi ahli kerana hendak membeli produk Elken.

Aku mengaku aku pernah beberapa kali jadi mangsa MLM tapi tak ke mana. Kenapa? aku tak sanggup ajak orang lain join benda tu. Aku tak sanggup. Aku tak tau la orang yang kaya dengan MLM ni, adakah mereka sangat mementingkan diri sampai tak kisah orang lain yang terpaksa berbelanja besar asalkan mereka kaya ataupun mereka benar-benar berniat nak tolong orang. Kalau betul nak tolong orang, kenapa tak jadi je downline orang tu? Jadi ahli sekali lagi. Apa sangat la modal yang awk keluarkan kan? kan dah dapat ribu-ribu hasil memujuk orang lain?

Kenapa tiba-tiba je aku buka cerita MLM balik ni? Hehe.. Aku sebenarnya sekarang tengah baca blog Aidid Mu'addib. Beliau ni memang la penentang MLM yang hardcore. Aku respek dia! haha.. Walaupun bahasa dia mengancam jiwa raga. Tapi apa yang dia sampaikan memang betul. ku memang sokong dia tapi maaflah, aku tak mampu nak buat entry macam dia. Dia memang kelas sebab sanggup buat research segala bagai.dan sebagai orang yang pernah terpedaya dan hampir diperdaya (banyak kali orang ajak masuk MLM. tak percaya, cuba KLIK SINI)

Akhir sekali, janganlah join MLM. Tak senang nak cari orang dik oii!!!
1st time aku besarkan gambar dengan harapan korang sedar yang korang tak mungkin kaya dengan MLM. Kalau korang kaya, tahniah la sebab korang memang 1 dalam 10,000 (aku lak antara 9,999 lagi yang tak berjaya.. haha)

11 ulasan:

  1. haha nasib baik aku x pernah join mane2 mlm.. :)

    Semua ada di KL

    BalasPadam
  2. jangan join. tak kira la sape yang ajak. walaupun bespren ko! maybe dia x sedar yang dia tu alat untuk mengayakan org atas tu

    BalasPadam
  3. Haha.. Lebih kurang macam cerita saya jer ni. Boleh refer "entry" ini.. - http://www.mdanif.com/2010/11/kawan-lama-mengeratkan-networking.html#axzz1N64FeROt

    Kadang-kadang nak tergelak pun ada bila dikenang-kenangkan..

    BalasPadam
  4. xpyh join mlm. mengkayakan org lain je. sok kalau kite terkaya kerana mlm pun, hidup x senang. hari2 kena join bg motivasi kt downline.rumah tungang langang. bila kita join mlm pun, sebenarnya kita akan menjauhkan diri kita dr kawan2 sbb semua nak elak jumpa kita. aku pun slalu baca blog aidid.

    oh ya mak aku ada alat elken tu ye.almaklumla mak aku ni mudah terpedaya dgn janji palsu nak cantik muka. hahaha. aku pun beberapa kali cuba tp tahap malas tu lebih tinggi dari tahap rajin nak tenyeh benda tu kat muka.

    BalasPadam
  5. Anif: ye.. saya pernah baca entry tu.. masa baca, memang terasa sama sangat kisah kita ni.. geram gile kan kat kawan tu?

    BalasPadam
  6. Fadh: Haha!! ada ciri2 tension dalam komen itu.. Aku faham kenapa.. =p

    eh, mak ko tak nak pakai ke benda tu? nak jual tak? berapa nak jual? ngee... jangan jual mahal2 tau (aku pun mudah terpedaya ok)

    BalasPadam
  7. boleh je nak join. elken tak seperti mlm yang lain.. ye walaupun menggunakan sistem mlm tapi biz plan adalah berbeza dari syarikat mlm yang lain. sape yang usaha lebih die yang akan berjaya dulu. tak kiralah orang tu berada di atas atau dibawah. yang penting usaha dan berkongsi cerita dengan seikhlas hati. elken telah melahirkan 74 jutawan setakat ini. bukan kerana mengenakan orang bawah tapi usaha gigih mereka berusaha untuk berjaya dalam syarikat elken yang menjanjikan pelbagai keistimewaan. orang atas berjaya kerana telah mendidik orang bawah yang ingin berjaya seperti mereka. itulah kelebihan dielken.

    BalasPadam
  8. kenapelah orang yang yakin sgt dgn bis elken ni kata, bis plan dia lain. ape lah yg lainnye,cari orang jgk untuk join,kalo tak,group tak berkembang,tak naik lah pointnye... aduhai laa...peralat dek org yg mengasasnye....

    BalasPadam
  9. yup.. bisnes yg betu ialah bisnes yg jual brg.. bukan cari ahli

    BalasPadam
  10. kalau bisnes Elken tak jual barang dan hanya cari orang, AEON tak join venture laa dengan ELKEN brat1204 oi.Elken ni jual beli punya bisnes, ada produk, ada persetujuam etc. Mungkin pemahaman tentang network marketing tu kena kukuhkan dulu kot, baca Robert Kiyosaki and Donald Trump punya materials...ini dok baca si Aidid punya komen negatif je memg tak maju la..

    p/s : tak pernah pula si Aidid tu komen pasal Elken ye sepanjang penulisan dia? Hairan..brat2014 tak habis scroll blog dia lagi kot? :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy baca blog aidid. tapi sy takde la bergantung bulat2. dan ini blog saya, obviously, yg sy tulis adalah pendapat sy. bukan pendapat dia. Dan saya mmg tak setuju dengan MLM. yup, ada orang dah kaya dgn MLM. Kawan sy salah seorang. Tapi, berapa ramai yang kaya sbb bisnes berbanding yang terpaksa tanggung hutang sbb susah nk jual bnda yang mahal?

      Dan saya bukan kutuk Elken scara spesifik. Saya xsetuju dengan MLM. Cuma, saya kaitkan dengn kisah saya pergi ke program Elken.

      Kalau awak, antara yang berjaya, bagus la. Tapi awak cuma sebahagian kecil Dan saya pun hanya sebahagian lagi orang yang tak berminat dengan MLM. Saya lebih percaya dengan perniagaan kecil-kecilan biasa.

      Padam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama